Tuesday, November 15, 2011

Ulser oh Ulser

Salam semua dan selamat pagi..
Minggu nie minggu terajin pulak nak update blog tiap-tiap hari =)
Boleh jadi blogger contoh nie. (perasan terlebih)...muahahahaha
Hari nie nak citer pasal Ulser
Ala benda alah yang selalu sakit kat dalam mulut or bibir tuee
Nak tau nape citer pasal Ulser ???
Sebab dah terkena pada diri la, baru nak bercerita..muahahaha

Carian di bawah adalah hasil dari carian 'Google'
=Terima kasih Encik Google kerana telah menyenangkan hidup saya =)

Latar belakang

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan Zat Makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 

Perhatian

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. 


Apa yang boleh anda lakukan?

Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antieptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Selain daripada tue, kitaorg pun ade petua org dulu2
Petua tue katakan ambil sedikit asam gelugor/asam keping
Letakkan beberapa minit dekat tempat ulser tue
Memang akan rasa sakit tapi InsyaAllah akan cepat sembuh
So korang sume bole la try (kalo nak)

Okla, sampai kita berjumpa lagi nanti
Till then, see ya everyone, lotsa luv <3




No comments:

Post a Comment

Kawan kawan kami disini