Monday, December 19, 2011

Penyelamat Hidup

Salam korang semua...

Nampaknye entry hujung tahun nie, hanyalah semingu sekali =)

kenapa yek??

Ini  diakibatkan oleh penyakit pening2 lalat, sakit kepala, lenguh badan, dan segala macam penyakit yang telah melanda kami
(macam serius je penyakit tue =))

Tetapi kami telah menemui penyelamat hidup kami!

Hooooo yeahhhhhhh
(tepuk tangan ramai2, kalo bole hentak meja jugak =))

Penyelamat di kala kelenguhan dan sakit kepala adelah


Jeng jeng jeng


Ape lagi kalo bukan dua benda alah nie


dan

(Gambar ihsan dari google)
Mekasihhh En.Google

Inilah kegemaran penggunaan maksimum kami di kala hujung tahun

Muahahahaha

Dan untuk pengetahuan anda ini bukanlah iklan yang ditaja
(Kami tidak layak lagi ;P)

Muahahahahaha

Untuk korang yang di luar sane, kuatkan antibodi!!

Sihat Malaysia!!

Till then, see you again darls ;D





Tuesday, December 13, 2011

Busy Ker??

Salam korang semua

Dah lame tak menghupdate blog niee

Untuk menjawab persoalan di atas

Walaweeeehhhhhh

Of course busy kottt

Muahahahahaha

Biasala musim hujung tahun nie

Banyak benda nak kena dibuat kat ofis tue

Tambah2 Cik Eza, tak sah kalo x balik pukul 8

Mau terkirap segala mcm pakaian

Muahahahahaha

Okla kitaorg nak mengucapkan agar korang yang senasib mcm kami nie

Gud Luck yooooo

Till then, see u again guys =)

P/S : keje baik2, rajin2, mane tau awal tahun dapat bonus kan kan kan ;D




Monday, December 5, 2011

Bonus??

Salam korang

Dah bulan Disember dah niee

Tak sabar rasanye nak sambut new year dgn azam baru yg berlambak =)

Back to the main topic..ehem...ehem..

Nie bukan nak citer pasal bonuslink atau pakcik bonus..hehehehe

jgn marah pakcik =)

Nak citer pasal bonus bekerja

Bila laaaa turn kitaorg nk dapat bonus??

Asyik dgr citer je org lain dapat bonus

Kitaorg??

Hmmmmmmmmmmmmmm :'(









Tuesday, November 29, 2011

Bercakap Cakap

Salam korang =)

Semakin berusang blog nie akibat terbiar

Muahahahahaha

Sekarang musim orang nak bercakap cakap sahaja

Bercakap mengenai jualan akhir tahun

Bercakap mengenai azam tahun baru

Bercakap mengenai jiran sebelah, sedara mara

Bercakap mengenai rumah orang kawin

Dan banyak lagi bercakap cakap 

Muahahahaha

So korang nak bercakap dengan sebab?

Atau bercakap tanpa sebab musabab?

Banyak sangat bercakapnye punn ;D

Renung renungkan dan selamat beramal

Okla sampai berjumpa lagi..daaaaa =)





Tuesday, November 22, 2011

Sambil Kerja Sambil Dengar Radio

Salam korang

Yeeehaaaaaa

Ini entry khas untuk

Mereka mereka yang makan gaji seperti kami ;p

Sambil kerja sambil dengar radio adalah satu terapi yang baik untuk diri

Tak percaya???

Cubalah korang dengar sendiri

klik kat cni


Shhhhhhhhhh

Tapi kalau nak bukak pun, janganlah kuat

Nanti bos marah mcm mane...muahahahahaha

Lets enjoy darlsss

No more stresssss =)

Till then, see ya in new entry 


Sunday, November 20, 2011

Good Luck Malaysia

Salam semua dan selamat pagiii

Weehuuuu

Hari ini adalah hari yang dinanti nantikan oleh semua rakyat Malaysia

Betul tak?

Sebab hari ini game bola final antara Malaysia dan Indonesia untuk Sukan SEA

Moga pasukan "Harimau Muda" akan berjaya merangkul emas =)


3-0 maybe??? ;D

Okeyyy

Goal harimau muda goal

Go go go go go

Semoga berjaya pasukan Malaysia 

Korang the best!!!

Till then see u again darlsss =)


Friday, November 18, 2011

Tiket Free yeahhhhhh

Salam semua =)

Hari ini adalah antara hari yang gembira untuk kami

Nak tau kenapa??

Sebab inilah :-


Dapat tiket free tak lain tak bukan dari

Nuffnang

&

TGV Cinemas

Sempena hari jadi kami yang lepas

Tahniah kepada kami

Cik Eza dan Cik Puan Intan
( muahahaha ;p)

Dapatlah kami mengisi masa lapang hujung minggu nie!

Yaaahoooo

Mekasih Nuffnang & TGV Cinemas

Korang mmg awesome + cun + terbaik la

Till then, see you again darls =)


Nota bawah kaki
Kepada anda yang ingin juga bagi kami hadiah adalah amat dialu alukan..;p
Muahahahahha
(Tulisan kecik sebab malu2 kucing gitu...hahahahaha)





Wednesday, November 16, 2011

Blackout

Entry yang short sahaja buat masa ini

Kenapa la memalam cenggini bole blackout pulak??

Dahla panas, mak aihhhh menguji kesabaran betullah

Haishhhh..nak tengok tv pun x boleh

Nak masuk toilet lagila kecut perut

Muahahahhaha

Pengajaran kepada kitaorg adalah lain kali ingat :-

Belilah lilin sebelum terlambat!

Bersedia dahulu sebelum terlewat
(alamak dah macam pantun la plak ;p)

Okeyyyy 

Renung2 kan dan selamat beramal

See ya again darls =)


Tuesday, November 15, 2011

Ulser oh Ulser

Salam semua dan selamat pagi..
Minggu nie minggu terajin pulak nak update blog tiap-tiap hari =)
Boleh jadi blogger contoh nie. (perasan terlebih)...muahahahaha
Hari nie nak citer pasal Ulser
Ala benda alah yang selalu sakit kat dalam mulut or bibir tuee
Nak tau nape citer pasal Ulser ???
Sebab dah terkena pada diri la, baru nak bercerita..muahahaha

Carian di bawah adalah hasil dari carian 'Google'
=Terima kasih Encik Google kerana telah menyenangkan hidup saya =)

Latar belakang

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan Zat Makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 

Perhatian

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. 


Apa yang boleh anda lakukan?

Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antieptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Selain daripada tue, kitaorg pun ade petua org dulu2
Petua tue katakan ambil sedikit asam gelugor/asam keping
Letakkan beberapa minit dekat tempat ulser tue
Memang akan rasa sakit tapi InsyaAllah akan cepat sembuh
So korang sume bole la try (kalo nak)

Okla, sampai kita berjumpa lagi nanti
Till then, see ya everyone, lotsa luv <3




Monday, November 14, 2011

Lagu Faveret Bulan November

Salam semua dan selamat tengahari...
Walawehhh lama dah tak update blog niee...
Phewwww..banyak keje nak buat sampai blog ni pun terabai..
Mana bole kan mcm niee =)


Back to main topic, taknak ckp banyak arini
Mari kita dengar lagu faveret kitaorg bulan nie
Cekidautt







Dan jugak lagu nie





Terasa omputih plak arini, tue yang lagu pun english song gitu...
muahahahaha =)

Okla, berjumpa lagi kita di entry akan datang
Till then, see ya ;D







Wednesday, November 9, 2011

Pilihan Hati

Salam semua dan selamat pagi!!!
Omg, entry kali ini agak daring ckit hehehehee
Nak tau kenapa??
Sebab nak tanya siapakah pilihan hati anda??
Di sini ada pilihannya
Pilih jangan tak pilih tau =)
Moh
Calon calonnya adalah :-


A.


Lee Dong Wook
-drama 'My Girl'

B.


Hugh Jackman
-sila abaikan perempuan di sebelah dia =)
- nie kalo korang xtau sape dia, memang nak kena penampar..muahahaha ;p


C.


ehehehe
Orlando Bloom
- Pirates Of Carribean 

D.


Remy Ishak
- Drama 'Nur Kasih'

Pertandingan yang sangat sengit bagi kami untuk memilihnye :D
So siapakah pilihan anda semua ???







Wordless Wednesday -crunch time

Salam semua, berjumpa kita lagi kali ini..yehuuuuuu
Oppssss terlupa plak entry kali ini adalah 'wordless'
So see u guys again, chill out okeyy =)




--------------------------------





---------------------------------





--------------------------------------






Friday, November 4, 2011

Game Addict

Salam semua, berjumpa lagi kita di entry baru ini..muahahaha (bajet macam ramai viewer je kot)..hahahaha. peaceee yooooo

Di entry yang lepas ade menyebutkan tentang sebulan 'free' tanpa kawalan pihak atasan a.k.a boss la tu kan..Ape lagi, mood berchatting, berfacebook , bertwitter dan segala macam bagai aplikasi internet telah digunakan secara bermaharajalela tanpa secalit penat pun..muahahahha =)

Kali ini mood game telah 'in' dalam diri ini tanpa dapat dilupuskan..So for the whole week nie, memang penuh dengan acara meminta bantuan atau hadiah dari rakan2 untuk meninggikan level game..hahahaha..(ayat bajet puitis dan penuh bermakna niee) :P

Antara game yang mendapat perhatian adalah Ravenskye City , Airport City dan Extreme MakeoverHome Edition Game ..Memang mengancam la main game2 nie sampai keje pun bertimbun2 tak siap..hahahha


Bila main game nie, berangan plak jadi pilot xpun jadi stewardess...hehehe :p

Game nie la yang paling best, sebab bole berangan design rumah :D


Game nie khas untuk orang yang ingin 'adventure' gitu plus dapat collect duit tauuu =B

Pengajaran : Jangan terlebih main game, berpada padala okey untuk semua penonton di luar sana plus tengok jam, jangan sampai lapar perut!

Till then, see ya again everyone and take care..daaaa =)





Thursday, November 3, 2011

Sweet November

Salam semua =)

Harini adalah entry pertama kami di bulan November yang meriah ini.. Bulan November yang terasa sangat sweet hasilan daripada ketiadaan 'bos' di ofis..yeeehuuuuu =)

Ketiadaan yang akan berlangsung selama sebulan sangat mengembirakan hati yang riang ini...muahahahaha

Sambil bergembira sakan ni, teringat pulak pada filem "Sweet November" yang dilakonkan oleh Keanu Reeves dan Charlize Theron, sebuah filem yang wajib ditonton oleh pasangan yang bercinta..hahahahaha..Tapi yang x bestnye filem ni mempunyai 'sad ending'...:'(

Back to main topic :D

Tidak lama lagi Hari Raya Aidiladha akan menjelang tiba dan kami ingin mengucapkan Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur kepada semua umat islam yang menunaikan haji..Amin



Oleh itu kami ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada anda semua dan berhati hati di jalan raya semasa pulang ke kampung halaman okeyy =)

Lotsa love everyone and see ya darlss =B





Monday, October 31, 2011

Citer Korea

Salam semua dan selamat pagi..weehuuuuu...Di pagi hari yang tenang ini sambil mendengar lagu-lagu korea, terasa jiwang plak diri.hahahhaa..Ini adalah akibat dari menonton drama korea di lewat malam..

Minggu ni minggu terkena wabak menonton drama @ filem korea ;D

Dimulai dengan filem 'My Tutor Friend' yang dibintangi oleh Kim Ha Neul dan Kwon Sang Woo.Walaupun citer ni dah lama iaitu tahun 2003 tapi masih mencuit hati jugak..ahahahha



Kemudian menonton pulak citer 'Winter Sonata'..haaa, citer ni femes masa kitaorg tingkatan 3 dulu..Tak sah kalo tak terpacak depan TV tepat pukul 7 ptg. Berdezup berebut2 nak mandi awal sebab nak tgok drama nie..Rasanya drama ni adalah drama permulaan yang membuatkan semua rakyat Malaysia mula menyukai drama @ filem Korea kan..hahahaha



Baru je beberapa episod habis ditonton setakat ini..heheheheh..As we plan nak tengok citer 'My Girl' plak, finding cd nampaknye la lepas nie..;P


Okey, sampai kita berjupe lagi di entry yang akan datang, see yaa n chill out bebeh..lotsa love=B











Friday, October 28, 2011

Review Filem Real Steel

Salam semua..
Walaupun entry ni agak lambat untuk dikeluarkan, tapi kami tidak kisah..muahahahaha
Menyentuh tentang filem Real Steel, ia adalah sebuah filem yang wajib ditonton plus ia berdurasi lebih 2 jam. So ceritanye bagi kami adalah complete dan xdela something somewhere missing kan. Tetapi penyebab utama kami menjadi penonton tegar adalah Hugh Jackman yang kacak bergaya..:)

Filem ini adalah mengenai super robot, seorang bapa yang tidak mengenali anaknye dan seorang anak yang telah kehilangan ibu. Dan minat anak dan bapa ini terhadap robot telah merapatkan hubungan mereka berdua...Kalau nak tau lebih, pergila serbu wayang yang terdekat..hahahahhaha.. Tapi mmg berbaloi baloi menonton filem nie ;p


Intro pic harus dimulai dengan wajah Hugh Jackman =D




Jom boxing2


Watak 'super rich girl'



Watak heroin plak


super robottt


Dakota Goyo yang sangat comel, dah besar confirm hensem =D

Kesimpulannye cite nie mmg mmg menarik plus adegan Dakota Goyo nie menari2 bersama robot..comel sangat..hahahaha..

Okla..sampai cni dulu entry harini..c u again..daaa everyone





Thursday, October 27, 2011

Screen yeah

Salam semua, cer baca tajuk atas..pelik kan..kitaorg pun pelik :D 

Arini motto kitaorg adelah menulis tanpa sebab...hahahaha

Semangat tinggi untuk terpilih..muahahahahha

Hopefully luck will be with us..Amin


Akibat pandai bermain dengan zooming zoomer sume, pic menjadi terlalu kecik...hehehehe

Lotsa love peeps...c you again in next chapter (wanna be j.k rowling) muahahaha;;;``Daaaa







Monday, October 24, 2011

Amelina oh Amelina

Hye semua..Entry kat atas pun korang dah tahu kan
kite nak cakap pasal ape
dulu2 kalau korang nak tahu kite ni minat la gak dengar lagu amelina.
time tu kecik2 lagi
darjah2 lagi
selalu la pasang lagu amelina..coz sepupu pun suka dengar.ialah sepupu2 banyak pompuan kan..so makin menjadi2 la.hahahaha

Tp x lama pun demam amelina ni..coz dia ilang..time tu tahun 2000 dia ilang..
so kitong pun dah stop la dengar lagu2 dangdut ni.coz kitorng minat kat amelina je..even kadang2 tu rindu lak nak tgok dia nanyi lagi..xla over sngt..errmm ade gak search dlm internet..kisah2 amelina..ni entry biologi ttg amelina kite nak share ngn u all..

~ini kisahnye~

Satu hari AMELINA dipanggil untuk sign kontrak dengan Warner Music sambil berkenalan dengan staff bahagian Melayu. Biasalah...baru nak jadi artis, malu-malu kucing! Saya pasti AMELINA masih ingat lagi kata-kata saya yang saya luahkan di depan Zaini Nordin ketika itu......"Esok bila kau dah popular, muka abang ni pun kau ludah!"

"Eh....tak adalah bang!" kata AMELINA. Zaini hanya ketawa. "Kita sama-sama tengok jelah nanti Lan", sampuk Zaini.
Tak disangka-sangka.....budak berwajah cina tu meletup sakan! Hari-hari radio dok main lagu dia. Album yang dulu semua syarikat rekod tak layan.....tiba-tiba pecah rekod jualan! Mencecah jualan di atas 100 ribu kaset. Dan AMELINA mulai dari hari itu, mulai sibuk dengan show. Dulu dia kerja kilang.....sekarang dah jadi penyanyi popular! Siapa sangka tuah badan! Sebulan dia boleh kaut duit RM30ribu hingga RM40ribu dari show. Apataknya.....satu show saya charge RM3ribu ke RM4ribu. Sebulan dia boleh dapat 10 show. Budak yang dulu hidup ala kadarnya, tiba-tiba jadi kaya!!!

Alhamdulillah....itu rezeki dia. Album pertama....Rindu Ah Ah Ah, terjual hampir 200ribu copy. Album kedua....Syik Ayik Asyik, juga terjual hampir 200ribu copy. Album ketiga....Cinta Oh Cinta, mula merosot tetapi terjual 100ribu copy. Waktu itu, ada orang mulai 'kacau' AMELINA. Ada orang 'pekenakan' AMELINA. Dia mula lupa diri. Dia dah jadi angau. Duit banyak! Kaki cucuk pun banyaklah juga!

Sampaikan dia sanggup keluarkan duit belikan kereta untuk seorang lelaki yang dicintainya (al kisahlah...kononnya tu) Lama kelamaan.......habislah harta AMELINA. Hubungan Amelina dengan lelaki ini tidak panjang, dia beralih pula ke seorang lelaki lain. Keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut naga! Kononnya kekasih baru ni orang kaya.....heheheeeee. Tahu-tahu, habukpun tak ada. Cakap besar dan berlagak je! Ada member beritahu, tukang tarik kereta je!!! Amelina mempunyai tabiat yang aneh! Dia suka 'bercinta' dengan suami orang. Dia tidak suka lelaki bujang. Dari pertama kali saya jumpa dia pada tahun 1994, Amelina dah buat hubungan dengan suami orang. Semua boyfriend dia suami orang.....!!! Termasuk affair dia dengan IWAN (pun suami orang).

Selepas album ketiga yang berjudul 'Cinta Oh Cinta'....Amelina hilang entah ke mana. Dengar cerita dia kahwin 'cowboy' kat Siam (pun dengan suami orang jugak!). Sampai sekarang Amelina terus hilang dari persada muzik tanahair. Ada ramai teman-teman saya bertanya: Mana pergi Amelina? Saya jawab senang je: Entah....dah bertahun-tahun saya tak pernah jumpa atau terserempak dengan dia. Saya hanya penerbit album dia sahaja, tak lebih dari itu.

Dari akhbar dan sumber berita lain - saya dengar hubungan Amelina dengan orang tuanya tidak seindah sewaktu dia belum bergelar isteri orang. Amelina langsung tidak dibenarkan menjenguk kedua orang tuanya! MasyaAllah......dahsyatnya. Dalam hati kecil saya......kalaulah sejarah boleh diputar-balikkan, saya tak akan ambil Amelina jadi recording artis! Biarlah dia hidup aman damai dengan kedua orang tuanya!

~Ihsan dari carian Google~

Okey semua, untuk mengetahui lebih lanjut..jangan lupa mengikuti kisah seterusnye..
~yg indah yang hangat~~ni lak lagu fav kite..enjoy la yee..





Happy Deepavali

Salam semua dan selamat pagi..berjumpa lagi kita hari ini ahahahaha. Arini hari selasa, esok rabu, lusa khamis..kejap je kan nak hari jumaat..
Apadaa merepek pulak pagi2 ni..;p

Okla, sebenarnye kitaorg the gang ni nak mengucapkan 'Happy Deepavali' to everyone out there..Enjoy your celebration with a full of happiness ;D

Till then, see u again darls..daaaa




Thursday, October 20, 2011

Lagu Faveret Bulan Oktober

Salam semua dan selamat pagi..wahaha

Lagu faveret yang dinobatkan untuk bulan ini oleh kami sudah tentu :



Best kan dengar lagu nie tambah2 waktu pagi yang mendung mcm arini..hahaahaha..layannn

Till then see u again darlss..daaa ;D




Wednesday, October 19, 2011

Misi

Misi oh misi..Misi untuk tahun 2012..hmmm agak2 jadi tak misi nie.

Kena ade perubahan kan kan kan.. tak adventure la kalo tak berubah, tak gituu ;p

So mari la kita ramai2 berubah ke arah kebaikan..(kata kata tanpa sebab musabab)

Got to go, my brain tak berapa nak pandai harini..heheheh./wahaha

See u soon everyone..daaaa...maintain cute okeyy




Sunday, October 16, 2011

Siti Time

Salam korang semua, semoga riang2 gembira harini tau..biasala kan hari isnin adalah hari malas sedunia..ape tak kan, semalam memasing bercutian berseronok..tut tut tut arini dah start keje balik..mau x tarik selimut kuat2 bila pagi menjelma kan kan kan...muahahaha

So sebagai periang ria raya kitaorg pada hari ni dimeriahkan dengan lagu2 Dato' Siti Nurhaliza waktu zaman muda remaja dulu...hehehe nampak sangat kitaorg peminat setia Dato' Siti..Tak sah kalo tak cerita pasal Dato' Siti dalam blog ni..heheheheheh ;D

Sebagai starter di pagi hari di ofis yang indah gemalai ni kitaorg telah membuka lagu2 Dato' Siti, paling faberet of course lagu Biarlah Rahsia..Sebab masa nie Dato' Siti cantik sangat dan cute :D..Jom layan






Thursday, October 13, 2011

Short Vacation

Salam semua and selamat pagi..weehuuu...dah seminggu blog ni berhabuk menunggu untuk dijengukk..hahahaha..tapi apekan daya Tuan punya blog 2 org nie teramat la rajin untuk mengemaskininye....uhuk uhuk uhuk

Ala ayang blog kitaorg x update bukan sebab ape pun, sebab terlampau penat berjalan minggu lepas, sebuah percutian yang x dijangka..on the spot je tau ayang blog...muahahahaha

Cik Eza dan Cik Puan Intan patutnye pergi bersama tetapi disebabkan oleh a few things yang tak dapat dielakkan..hanya Cik Puan Intan and En Apo je yang dapat pergi ..heheheheehe..relax tau Cik Eza..peaceeee

Walaupun hanya beberapa hari sahaja bercuti tetapi boleh dianggap bermakna buat kami berdua..just like having second honeymoon..muahahahaha

Tapi part yang paling tak best iyerla terpaksa meninggalkan En. Apo sesorang kat Dubai..=(
Training lagi kat sane sape suruh...hahahaha..yang penting saya dapat balik ke tanah tumpah darah...muahahaha..mane bole lama2 kat sane, susah tau nak carik makanan melayu kat sane..sampai gastrik2 dibuatnye..heheheheh




p/s: Kami sayang Malaysia ;D




Wednesday, October 12, 2011

Pin pin





Tuesday, October 4, 2011

Movie Hindustan La Plak

Salam korang sume.,sudah lame kita tidak bersua di blog ni kan...hahahaha..terlupa pulak kami nak mengemaskini blog yg comel loteh ni..muahahaha...(terlebih bajet nampak) ;D

Past few week, kitaorg agak bz dengan filem Stephen Chow kan..Minggu ni kitaorg kembali dengan movie bergenre 'Hindustan' la plak

Weekend yang lalu Cik Puan Intan kembali ke hometown yang dicintai dan waktu itula dia telah discover citer Hindustan ni apabila membelek2 koleksi koleksi CD dan VCD kepunyaan kakak dan abg beliau...hahahaha

So ape lagi, cekau la VCD dorang and then ternampak plak raut muka Shahrukh Khan ````terus teringat zaman sekolah dulu, wajib tau tengok citer Shahrukh niee..muahahaha


So arini kitaorg telah tergam diri masing masing depan tv tanpa diminta okeyyy..bermula tayangan "Kabhi Khushi Kabhi Gham" tanpa dipaksa oleh sesiapa..Sampai 3 kali ulangan tayangan tersebut meghiasi rumah kami hari itu...hahaha

Tiap kali ulangan itu la Cik Eza akan menitis air mata,,xtau la kenapa gamaknyee...muahahahaha

Okeyla berjumpa lagi kita di entry seterusnye..Chill out bebeh and maintain cute okeyy ;D




Friday, September 30, 2011

Invoice

Arghhh invoice invoice..feeling Grrrrrrrrrrrrrrrrr

No bank statement, no management account, no invoice filing, no pc copy

Grrrr, camane nak carik ni???


Terus feeling nak berblog je niee...muahahahaha

Relax bos..hehehe

p/s: Dont overestimate me okeyyy...hahahaha

c ya again, till then..daaaaa n foremost maintain cute bebeh!! :D




Tuesday, September 27, 2011

Syawal

Salam semua dan selamat pagi..semoga harini membawa lebih keceriaan kepada anda dan kami..heheheh..Seperti semua sedia maklum harini adalah hari terakhir di bulan Syawal pada tahun ini..cewahhh ayat skema plak kitaorg nie,mcm tulis surat plak nampak..hahahaha

Sekali lagi kami disini ingin mengucapkan maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata or bahasa di blog ini..So 0-0 okeyy..hahahaaha

Moga kita akan bertemu lagi di Syawal akan datang. Jom layan lagu raya plak :



Mestila dengar lagu ct kan..baru teringat zaman kanak2 kitaorg dulu..lalalalala ;p
Chill out bebeh n maintain cute..daaaaa =)




Monday, September 26, 2011

Tips Permakanan Seimbang Part 1

Salam satu malaysia semua dan selamat pagi..Nampaknye dah agak lama kitaorg membiarkan blog ni keseorangan..hahahaha..biasala kan, nak wat camane kalo keje makan gaji.ecececeh...

Sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang didapati obes, hmmmm ni semua bergantung kepada pemakanan masing2 tau..kalo difikirkan balik rakyat macam kat afrika 2 semua kekurangan makanan..tetapi kat Malaysia ni lain plak..terlebih makan.ape cer tuee?? So arini kitaorg nak bg tips mcm mane nak jaga pemakanan korang okeyyy

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
-Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
-Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
-Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.


2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
-Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
-Kekalkan berat badan unggul.
-Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.


3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
-Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
-Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
-Sila rujuk Piramid Makanan



4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
-Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
-Sumber terbaik antioksida.
-Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
-Serat dapat mengelakkan sembelit.


5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
-Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
-Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
-Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
-Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
-Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
-Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.

Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
-Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
-Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

To be continued in next chapter( harap2 adela ye) hahahaha..Jom kita jaga pemakanan kita..Sihat itu cantik!
C ya next entry and maintain cute ;D




Thursday, September 22, 2011

Senarai Filem Stephen Chow

Salam semua dan selamat hari jumaat .. Hari jumaat adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua pekerja kan kan kan..esok cuti yahuuuuu..okey berbalik pada topik asal (dah terpergi jauh plak citer nie)..apadaaa

Disebabkan minggu ini kitaorg and the gang terkena wabak penyakit menonton filem Stephen Chow, so kitaorg telah list up kan filem filem beliau..hahaha..So bole la carik cd2 filem nie kat kedai cd okey (Takkan nak carik kat kedai mamak kot) ;P

Jom cekidaut:-

2012 : New Chinese Odyssey

2010 CJ7 : The Cartoon

2009 : Jump

2009 : Dragonball Evolution

2008 : Shaolin Girl

2008 : CJ7

2004 : Kung Fu Hustle

2001 Shaolin Soccer

1999 : The Tricky Master

1999 : King of Comedy

1999 : Gorgeous

1998 : The Lucky Guy

1997 : Lawyer Lawyer

1997 : All's Well, Ends Well 1997

1996 : The God of Cookery

1996 : Forbidden City Cop

1995 : Sixty Million Dollar Man

1995 : Out of the Dark

1994 : Love on Delivery

1994 : Hail the Judge

1994 : From Beijing with Love

1994 : A Chinese Odyssey Part Two: Cinderella
1994 : A Chinese Odyssey Part One: Pandora's Box

1993 : My Hero 2

1993 : The Mad Monk

1993 : Flirting Scholar

1993 : Fight Back to School III

1992 : The Thief of Time

1992 : Royal Tramp II

1992 : Royal Tramp

1992 : King of Beggars

1992 : Justice, My Foot!

1992 : Fist of Fury 1991 II

1992 : Fight Back to School II

1992 : All's Well, Ends Well

1991 : Tricky Brains

1991 : The Top Bet

1991 : The Magnificent Scoundrels

1991 : God of Gamblers III: Back to Shanghai

1991 : God of Gamblers II

1991 : Fist of Fury 1991

1991 : Fight Back to School

1991 : Crazy Safari

1991 : The Banquet

1990 : When Fortune Smiles

1990 : The Unmatchable Match

1990 : Triad Story

1990 : Sleazy Dizzy

1990 : My Hero

1990 : Lung Fung Restaurant

1990 : Love Is Love

1990 : Look Out, Officer!

1990 : Legend of the Dragon

1990 : Curry and Pepper

1990 : All for the Winner

1989 : Tragic Heroes

1989 : Thunder Cops II

1989 : The Justice of Life

1989 : Final Combat

1989 : Dragon Fight

1988 : My Father's Son

1988 : The Last Conflict

1988 : He Who Chases After the Wind

1988 : Final Justice

1988 : Faithfully Yours

1986 : A Better Tomorrow

Fuhhh berjela jela jugak filem Stephen Chow nie yek..Mau makan waktu nak habiskan tonton ni semua..okeyla semua jumpa lagi di episod akan datang..c ya n maintain cute bebeh..daaa

p/s : do not ever ever beli pirates cd okeyhh,,, ecececeh mcm kitaorg ni x pernah beli..heheheh




Watching Film

Hye korang...harinie entry citer pasal Stephen Chow okey..hahaha..Sejak minggu nie tiap2 malam lepas balik keje, mesti tengok citer lawak Stepehen Chow..:D

Tak complete la kalau tak tengok cite dia.. Lawak memang tak kering gusi la dibuatnye..hahaha

So enjoy salah satu lawak dia yg mmg tak disangka nie..;D






Jom layan lagi filem2 dia yang lain..ok c ya bebeh..




Tuesday, September 20, 2011

Slide Show

Morning uolss..agak bz plak minggu nie untuk mengupdate blog yang meletop kebabom nie..hahaha..banyak dateline kerja yang perlu dipersiapkan untuk mencapai wawasan 2020..muahahaha..(feeling terlebih visi nie)=)

Ape pun hayati slide show blog kami yang meletop nie..opss terlebih sudah :D


yummy cupcakes di atas..ohhh..dah lama tidak merasa cupcake..jom beli ;D


Terasa happy apabila melihat blog ini..hahaha

Chill out ok n maintain cute..c yaaa




Monday, September 19, 2011

Sibuk Jap Ehh =)

Lalalalalalala..entry will be coming up next..yahuuu






Hugss ;D
keep on watching!!

Wednesday, September 14, 2011

Bercuti Hebat

Hye uols, x sabar rasanya nak bercuti hebat this weekend kan..Cuti 3 hari beb, bestnyeee kalo dapat berehat sakan kat rumah sambil mkn kuih raya sambil tgok tv.

Tengahari ni pun dah rasa malas semacam je nak buat keje keje keje..bertimbun plak tue @_@

Open house invitation dah penuh dgn wedding reception lg this weekend..huwaaaa

X sabarnye nak balik ptg nie. Sharp 6 pm kitaorg of cos kuar ofis..muahahaha

Anyway "Selamat Hari Malaysia' y all..

Chill out bebeh n happy holiday..peace yooo ;D




Tuesday, September 13, 2011

Teka Teki Teka Tekok

Hye korang. Kitaorg the gang agak bz mnggu ni dengan open house sana sini situ. So susah nk menghupdate blog nie. Ape2 pun jom layan teka teki yg kitaorg dpt dari pencarian google. Moh le kita yer ;B


A) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?

D) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

E) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

F) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?

H) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

I) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?

J) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de? 



Suprisingly answer, mmg lawak melampau..muahahaha..moh cekidaut



A-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B. Misai

C. Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

D. Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

E. Penguin

F. Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

H. Tempat Perkuburan

I. Lingkaran nyamuk Shieldtox

J. Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp.. 



Relax okey setelah membaca jawapannye..muahahaha..chill out bebeh :D







Monday, September 12, 2011

Fakta ke Auta?

METEORIT

Meteorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.


MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih
kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan
dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan
motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.



UKURAN RED KANGAROO

Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia
membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat
sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak
dengan kelajuan 48 km sejam.


LOGAM OSMIUM

Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal
saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.


KERETA API PENUMPANG

Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733
meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991.
Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik
dan seberat 2,786 tan.


KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai
oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah
dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev
Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

ihsan dari google(;D)








Thursday, September 8, 2011

First Lebaran as Husband and Wife

Entry arini pasal raya jugak, semangat raya kena tinggi beb..hahaha. For the first time Cik Puan Intan And Encik Apo menyambut lebaran bersama sama sebagai suami isteri. Kalo x, time dulu main msg2 je masa pagi raya sambil isi kuih dalam balang.muahahaha. Tapi sekarang sume dah berubah, bukak je mata mesti ade muka memasing :D

Nasib baik tahun ni raya dapat cuti seminggu, so dapatlah balance tempat beraya. Tahun pertama beraya mestila kat rumah isteri dulu kan, kalo x mau melalak sakan 33 hari kang. Jadiknye, 1st and 2nd raya adela kitaorg kat melaka, sambut raya kat sane. Pagi2 kelala 3rd raya kitaorg dah bertolak balik ke ipoh. Woooo penat beribu kilometer, mau terkirap kain tengah highway..muahahaha

For us raya kali ni memang the best sebab beraya sebagai suami isteri, tanggungjawab pun dah banyak, duit raya kena bagi pun bertambah. Ape ape pun Love u la my hubby! ;p

say cheseee everyone -_-


p/s: Happy birthday to my hubby for upcoming 10 Sept, happy2 and sihat selalu ;D




Wednesday, September 7, 2011

Dating Raya

Dating raya mesti korang selalu dengar perumpamaan nie and of course pernah terjadi kat diri korang jugak kan..hahahaha. Mestilah masa raya macam nie, tiap2 pasangan akan berdating sambil menziarahi sanak sedara. Bak kata orang, masa nie lah nak kenalkan pasangan kita ni pada saudara, nak tunjuk kita nie pasangan secocok and couple of the year..muahahaha

Sambil pergi beraya rumah saudara, dah tentu kita nak jugak dating berdua tanpa ade orang ganggu..x gitu korang.hehehe..So peluang ni telah diambil oleh Cik Eza dan Encik A kita. Orang tengah sibuk2 nak pergi beraya, dorang pulak entah hilang kemana.hahaha

But it was a really romantic moment for both of them..hmmm sound bestnyeee dorang kan..Mestila makan2, jalan2, and tengok movie. And of coz tengok filem ni




Hantu bonceng mmg menarik, lawak sepanjang masa ;p

Dah lepas dorang habis berdating2, penjelajahan misi beraya telah diteruskan sampai ke malam. So Encik A pun terpaksalah pulang ke rumah lewat malam..hehehe..yela demi cinta sejati, lautan api pun sanggup direnangi. Heheheh. Moga korang bahagia selamanya ....chill out bebeh ;D




Tuesday, September 6, 2011

Cerita yang sudah basi a.k.a My Wedding laaaaa

Today nak selitkan about Cik Puan Intan and Encik Apo wedding yang telah lama berlalu..Dah 3 bulan ponn.Tapi arini baru nk update about the wedding..muahahaha

Kinda lawak pun ade, org lain pun dah panggil kitaorg ni pengantin lama..hahaha..yo yo o je korang ni yek..cekidaut the pic meh..yuhuuuuuuu



Masa tunggu untuk nikah, masa ni kecut perut rasa nak lari jek..hahaha


Right after nikah, muka seposen ;p


Gambar diri sendirik lagi..wakakaka

muka penat

reception kat ipoh plak


Walaupun dah lama berlalu, tapi rasa nak ulang balik waktu kawin aritu..best jugak sanding2 ni kan..hahahaha..ok c ya n maintain cute bebeh :D