Monday, September 26, 2011

Tips Permakanan Seimbang Part 1

Salam satu malaysia semua dan selamat pagi..Nampaknye dah agak lama kitaorg membiarkan blog ni keseorangan..hahahaha..biasala kan, nak wat camane kalo keje makan gaji.ecececeh...

Sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang didapati obes, hmmmm ni semua bergantung kepada pemakanan masing2 tau..kalo difikirkan balik rakyat macam kat afrika 2 semua kekurangan makanan..tetapi kat Malaysia ni lain plak..terlebih makan.ape cer tuee?? So arini kitaorg nak bg tips mcm mane nak jaga pemakanan korang okeyyy

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
-Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
-Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
-Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.


2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
-Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
-Kekalkan berat badan unggul.
-Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.


3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
-Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
-Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
-Sila rujuk Piramid Makanan



4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
-Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
-Sumber terbaik antioksida.
-Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
-Serat dapat mengelakkan sembelit.


5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
-Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
-Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
-Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
-Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
-Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
-Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.

Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
-Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
-Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

To be continued in next chapter( harap2 adela ye) hahahaha..Jom kita jaga pemakanan kita..Sihat itu cantik!
C ya next entry and maintain cute ;D




No comments:

Post a Comment

Kawan kawan kami disini