Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday -crunch time

Salam semua, berjumpa kita lagi kali ini..yehuuuuuu
Oppssss terlupa plak entry kali ini adalah 'wordless'
So see u guys again, chill out okeyy =)




--------------------------------





---------------------------------





--------------------------------------






Friday, November 4, 2011

Game Addict

Salam semua, berjumpa lagi kita di entry baru ini..muahahaha (bajet macam ramai viewer je kot)..hahahaha. peaceee yooooo

Di entry yang lepas ade menyebutkan tentang sebulan 'free' tanpa kawalan pihak atasan a.k.a boss la tu kan..Ape lagi, mood berchatting, berfacebook , bertwitter dan segala macam bagai aplikasi internet telah digunakan secara bermaharajalela tanpa secalit penat pun..muahahahha =)

Kali ini mood game telah 'in' dalam diri ini tanpa dapat dilupuskan..So for the whole week nie, memang penuh dengan acara meminta bantuan atau hadiah dari rakan2 untuk meninggikan level game..hahahaha..(ayat bajet puitis dan penuh bermakna niee) :P

Antara game yang mendapat perhatian adalah Ravenskye City , Airport City dan Extreme MakeoverHome Edition Game ..Memang mengancam la main game2 nie sampai keje pun bertimbun2 tak siap..hahahha


Bila main game nie, berangan plak jadi pilot xpun jadi stewardess...hehehe :p

Game nie la yang paling best, sebab bole berangan design rumah :D


Game nie khas untuk orang yang ingin 'adventure' gitu plus dapat collect duit tauuu =B

Pengajaran : Jangan terlebih main game, berpada padala okey untuk semua penonton di luar sana plus tengok jam, jangan sampai lapar perut!

Till then, see ya again everyone and take care..daaaa =)





Thursday, November 3, 2011

Sweet November

Salam semua =)

Harini adalah entry pertama kami di bulan November yang meriah ini.. Bulan November yang terasa sangat sweet hasilan daripada ketiadaan 'bos' di ofis..yeeehuuuuu =)

Ketiadaan yang akan berlangsung selama sebulan sangat mengembirakan hati yang riang ini...muahahahaha

Sambil bergembira sakan ni, teringat pulak pada filem "Sweet November" yang dilakonkan oleh Keanu Reeves dan Charlize Theron, sebuah filem yang wajib ditonton oleh pasangan yang bercinta..hahahahaha..Tapi yang x bestnye filem ni mempunyai 'sad ending'...:'(

Back to main topic :D

Tidak lama lagi Hari Raya Aidiladha akan menjelang tiba dan kami ingin mengucapkan Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur kepada semua umat islam yang menunaikan haji..Amin



Oleh itu kami ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada anda semua dan berhati hati di jalan raya semasa pulang ke kampung halaman okeyy =)

Lotsa love everyone and see ya darlss =B





Monday, October 31, 2011

Citer Korea

Salam semua dan selamat pagi..weehuuuuu...Di pagi hari yang tenang ini sambil mendengar lagu-lagu korea, terasa jiwang plak diri.hahahhaa..Ini adalah akibat dari menonton drama korea di lewat malam..

Minggu ni minggu terkena wabak menonton drama @ filem korea ;D

Dimulai dengan filem 'My Tutor Friend' yang dibintangi oleh Kim Ha Neul dan Kwon Sang Woo.Walaupun citer ni dah lama iaitu tahun 2003 tapi masih mencuit hati jugak..ahahahha



Kemudian menonton pulak citer 'Winter Sonata'..haaa, citer ni femes masa kitaorg tingkatan 3 dulu..Tak sah kalo tak terpacak depan TV tepat pukul 7 ptg. Berdezup berebut2 nak mandi awal sebab nak tgok drama nie..Rasanya drama ni adalah drama permulaan yang membuatkan semua rakyat Malaysia mula menyukai drama @ filem Korea kan..hahahaha



Baru je beberapa episod habis ditonton setakat ini..heheheheh..As we plan nak tengok citer 'My Girl' plak, finding cd nampaknye la lepas nie..;P


Okey, sampai kita berjupe lagi di entry yang akan datang, see yaa n chill out bebeh..lotsa love=B











Friday, October 28, 2011

Review Filem Real Steel

Salam semua..
Walaupun entry ni agak lambat untuk dikeluarkan, tapi kami tidak kisah..muahahahaha
Menyentuh tentang filem Real Steel, ia adalah sebuah filem yang wajib ditonton plus ia berdurasi lebih 2 jam. So ceritanye bagi kami adalah complete dan xdela something somewhere missing kan. Tetapi penyebab utama kami menjadi penonton tegar adalah Hugh Jackman yang kacak bergaya..:)

Filem ini adalah mengenai super robot, seorang bapa yang tidak mengenali anaknye dan seorang anak yang telah kehilangan ibu. Dan minat anak dan bapa ini terhadap robot telah merapatkan hubungan mereka berdua...Kalau nak tau lebih, pergila serbu wayang yang terdekat..hahahahhaha.. Tapi mmg berbaloi baloi menonton filem nie ;p


Intro pic harus dimulai dengan wajah Hugh Jackman =D




Jom boxing2


Watak 'super rich girl'



Watak heroin plak


super robottt


Dakota Goyo yang sangat comel, dah besar confirm hensem =D

Kesimpulannye cite nie mmg mmg menarik plus adegan Dakota Goyo nie menari2 bersama robot..comel sangat..hahahaha..

Okla..sampai cni dulu entry harini..c u again..daaa everyone





Thursday, October 27, 2011

Screen yeah

Salam semua, cer baca tajuk atas..pelik kan..kitaorg pun pelik :D 

Arini motto kitaorg adelah menulis tanpa sebab...hahahaha

Semangat tinggi untuk terpilih..muahahahahha

Hopefully luck will be with us..Amin


Akibat pandai bermain dengan zooming zoomer sume, pic menjadi terlalu kecik...hehehehe

Lotsa love peeps...c you again in next chapter (wanna be j.k rowling) muahahaha;;;``Daaaa







Monday, October 24, 2011

Amelina oh Amelina

Hye semua..Entry kat atas pun korang dah tahu kan
kite nak cakap pasal ape
dulu2 kalau korang nak tahu kite ni minat la gak dengar lagu amelina.
time tu kecik2 lagi
darjah2 lagi
selalu la pasang lagu amelina..coz sepupu pun suka dengar.ialah sepupu2 banyak pompuan kan..so makin menjadi2 la.hahahaha

Tp x lama pun demam amelina ni..coz dia ilang..time tu tahun 2000 dia ilang..
so kitong pun dah stop la dengar lagu2 dangdut ni.coz kitorng minat kat amelina je..even kadang2 tu rindu lak nak tgok dia nanyi lagi..xla over sngt..errmm ade gak search dlm internet..kisah2 amelina..ni entry biologi ttg amelina kite nak share ngn u all..

~ini kisahnye~

Satu hari AMELINA dipanggil untuk sign kontrak dengan Warner Music sambil berkenalan dengan staff bahagian Melayu. Biasalah...baru nak jadi artis, malu-malu kucing! Saya pasti AMELINA masih ingat lagi kata-kata saya yang saya luahkan di depan Zaini Nordin ketika itu......"Esok bila kau dah popular, muka abang ni pun kau ludah!"

"Eh....tak adalah bang!" kata AMELINA. Zaini hanya ketawa. "Kita sama-sama tengok jelah nanti Lan", sampuk Zaini.
Tak disangka-sangka.....budak berwajah cina tu meletup sakan! Hari-hari radio dok main lagu dia. Album yang dulu semua syarikat rekod tak layan.....tiba-tiba pecah rekod jualan! Mencecah jualan di atas 100 ribu kaset. Dan AMELINA mulai dari hari itu, mulai sibuk dengan show. Dulu dia kerja kilang.....sekarang dah jadi penyanyi popular! Siapa sangka tuah badan! Sebulan dia boleh kaut duit RM30ribu hingga RM40ribu dari show. Apataknya.....satu show saya charge RM3ribu ke RM4ribu. Sebulan dia boleh dapat 10 show. Budak yang dulu hidup ala kadarnya, tiba-tiba jadi kaya!!!

Alhamdulillah....itu rezeki dia. Album pertama....Rindu Ah Ah Ah, terjual hampir 200ribu copy. Album kedua....Syik Ayik Asyik, juga terjual hampir 200ribu copy. Album ketiga....Cinta Oh Cinta, mula merosot tetapi terjual 100ribu copy. Waktu itu, ada orang mulai 'kacau' AMELINA. Ada orang 'pekenakan' AMELINA. Dia mula lupa diri. Dia dah jadi angau. Duit banyak! Kaki cucuk pun banyaklah juga!

Sampaikan dia sanggup keluarkan duit belikan kereta untuk seorang lelaki yang dicintainya (al kisahlah...kononnya tu) Lama kelamaan.......habislah harta AMELINA. Hubungan Amelina dengan lelaki ini tidak panjang, dia beralih pula ke seorang lelaki lain. Keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut naga! Kononnya kekasih baru ni orang kaya.....heheheeeee. Tahu-tahu, habukpun tak ada. Cakap besar dan berlagak je! Ada member beritahu, tukang tarik kereta je!!! Amelina mempunyai tabiat yang aneh! Dia suka 'bercinta' dengan suami orang. Dia tidak suka lelaki bujang. Dari pertama kali saya jumpa dia pada tahun 1994, Amelina dah buat hubungan dengan suami orang. Semua boyfriend dia suami orang.....!!! Termasuk affair dia dengan IWAN (pun suami orang).

Selepas album ketiga yang berjudul 'Cinta Oh Cinta'....Amelina hilang entah ke mana. Dengar cerita dia kahwin 'cowboy' kat Siam (pun dengan suami orang jugak!). Sampai sekarang Amelina terus hilang dari persada muzik tanahair. Ada ramai teman-teman saya bertanya: Mana pergi Amelina? Saya jawab senang je: Entah....dah bertahun-tahun saya tak pernah jumpa atau terserempak dengan dia. Saya hanya penerbit album dia sahaja, tak lebih dari itu.

Dari akhbar dan sumber berita lain - saya dengar hubungan Amelina dengan orang tuanya tidak seindah sewaktu dia belum bergelar isteri orang. Amelina langsung tidak dibenarkan menjenguk kedua orang tuanya! MasyaAllah......dahsyatnya. Dalam hati kecil saya......kalaulah sejarah boleh diputar-balikkan, saya tak akan ambil Amelina jadi recording artis! Biarlah dia hidup aman damai dengan kedua orang tuanya!

~Ihsan dari carian Google~

Okey semua, untuk mengetahui lebih lanjut..jangan lupa mengikuti kisah seterusnye..
~yg indah yang hangat~~ni lak lagu fav kite..enjoy la yee..